SEREMBAN – Mayat seorang bayi lelaki ditemukan terapung di dalam sebuah loji kumbahan di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat bayi cukup sifat itu daripada orang awam pada pukul 10.38 pagi yang ternampak satu objek dipercayai seorang bayi terapung di dalam loji berkenaan.
“Hasil siasatan awal mendapati objek itu adalah mayat seorang bayi lelaki dengan anggaran kematian bayi tersebut lebih dari sehari,”katanya dalam kenyataan di sini, lapor Bernama.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklymat mengenai kes itu diminta menyalurkannya kepada polis,”katanya.- Edisi 9