24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Fasa 1 BKC akan dibayar mulai 6 September – PM

Mesti Baca

CYBERJAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas COVID-19 (BKC) yang akan dilaksanakan secara berperingkat dengan Fasa 1 bermula 6 September ini.

Menurut Perdana Menteri, beliau telah mengarahkan Kementerian Kewangan agar menyegerakan pembayaran BKC dan hari ini dana sebanyak RM3.1 bilion telah disalur kepada institusi perbankan berkaitan/

Beliau berkata, proses pengkreditan Fasa 1 akan bermula 6 September dan dijangka selesai pada 10 September.

“BKC akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bantuan tersebut sepatutnya dibayar mulai Ogos tetapi berlaku kelewatan berikutan pertukaran dalam pucuk pimpinan kerajaan.

Advertisements

Ismail Sabri berkata, BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

Pad 28 Jun lalu, kerajaan telah mengumumkan pakej PEMULIH sebagai antara inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat pandemik COVID-19.

“Saya sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan