25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Pingat perak Wei Lun ubati luka kem Malaysia

Mesti Baca

KEJAYAAN atlet Boccia negara, Chew Wei Lun yang menghadiahkan pingat perak sekurang-kurangnya dapat mengubat luka buat kontinjen negara menerusi acara individu BC1 Sukan Paralimpik Tokyo 2020 hari ini.

Wei Lun menampilkan tentangan sengit terhadap juara bertahan yang juga atlet nombor satu dunia dari Great Britain, David Smith sebelum tewas 2-4 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Pusat Gimnastik Ariake.

Pujian perlu diberikan kepada Wei Lun yang tidak diletakkan harapan pingat dengan sasaran sebelum temasya tersebut hanya untuk mara ke suku akhir.

Malah, laluan ke final yang ditampilkan oleh Wei Lun cukup cemerlang mencatat rekod tanpa kalah dalam semua perlawanan termasuk di peringkat kumpulan yang turut disertai pemenang pingat emas Sukan Para Asia 2018 dari Thailand, Witsanu Huadpradit.

Untuk rekod, ini adalah penampilan sulung Wei Lun di temasya Paralimpik dan penyertaan pertama Malaysia dalam sukan ini.

Pencapaian pemain ke-11 terbaik dunia itu membantu Malaysia menambah koleksi pingat perak kepada dua, selepas atlet powerlifting, Jong Yee Khie merangkul perak pertama dalam kategori lelaki 107kg Isnin lalu.

Badang kerdil dari Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin, yang bertanding dalam kategori lelaki 72 kilogram (kg) pula muncul atlet pertama negara menghadiahkan emas pertama Sabtu lepas dalam temasya berprestij itu.

Semalam kem negara termasuk seluruh rakyat Malaysia di tanah air berduka apabila pingat emas yang dimenangi jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli ‘dirampas’ oleh Ukraine kerana masalah teknikal.

Ziyad yang telah memecahkan rekod dunia dengan lontaran 17.94 meter bagaimanapun dianggap ‘tidak memulakan pertandinga’ (DNS) kerana lambat memasuki ruang menunggu.

Ia susulan bantahan yang dibuat kem Ukraine selepas pertandingan berakhir. Turut menerima nasib serupa dengan Ziyad dua lagi peserta dari Australia dan Ecuador. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan