28.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 28, 2024

Bas Smart Selangor bantu penguraian, ringan beban pengguna LRT

Koordinasi dengan RapidKL akan terus dipertingkatkan termasuk kesedian menambah bas jika ada keperluan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SELARAS dengan pengumuman semalam, Kerajaan Negeri Selangor yang menyediakan 20 buah bas telah membantu meringankan beban pengguna Transit Aliran Ringan (LRT).

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pagi ini telah memulakan perkhidmatan di beberapa buah lokasi utama.

“Alhamdulillah, hari ini bas-bas Smart Selangor mulai dapat membantu penguraian orang ramai yang terganggu pergerakan mereka akibat pemberhentian operasi LRT.

“Koordinasi dengan RapidKL akan terus dipertingkatkan termasuk kesedian menambah bas jika ada keperluan,”katanya menerusi ciapan beliau di Twitter hari ini.

Semalam, Kerajaan Negeri Selangor akan menyumbang penggunaan 20 unit Bas Smart Selangor mulai esok bagi membantu RapidKL mengatasi masalah gangguan LRT yang tergendala selama tujuh hari.

Amirudin Shari dilaporkan berkata, pihaknya akan berbincang dengan RapidKL yang sebelum ini turut menguruskan Bas Smart Selangor.

“Kerajaan Negeri dukacita dengan insiden gangguan sistem LRT laluan Kelana Jaya semalam yang menyebabkan operasi 16 stesen LRT ditutup.

“Bagi membantu ribuan pengguna balik dan pulang kerja sebab pemberhentian operasi dan jumlah bas tak cukup nak mengangkut mereka yang guna LRT, Kerajaan negeri akan bincang dengan RapidKL untuk guna 20 bas yang akan diselaras dengan RapidKL sebab kita tak mahu ada proses overlapping.

“Kita cuba untuk maksimumkan penggunaan daripada 160 laluan, kita akan ambil sebahagiannya untuk menambah jumlah bas dengan kordinasi RapidKL,” katanya.

Sementara itu, langkah yang diambil Kerajaan Negeri Selangor itu mendapat reaksi positif daripada warga Twitter.

Ku Shah Li berkata, mantap Menteri Besar Selangor.

“MB you are the best…faham masalah pekerja B40 nak pergi bekerja,”kata Dato RK.

Megat pula kata, mantap !! Alhamdulillah.

“Terima kasih MB @AmirudinShari. Ini baru betul jalan penyelesai masalah. – Edisi 9

Terkini

Cheng Hoe tinggalkan Selangor FC, sertai kelab Thailand

KETUA Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe membuat kejutan apabila meninggalkan kelab Gergasi Merah hari ini. Selangor FC memaklumkan, kedua-dua...

Lagi Artikel Berkaitan