28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PKR mahu tukar calon Sungai Buloh berdepan dengan Khairy

Sebelum ini, Sungai Buloh adalah kerusi campuran yang disandang R Sivarasa dari PKR sejak 2008.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PKR memberi bayangan parti itu berkemungkinan akan menukar calon yang bertanding di Parlimen Sungai Buloh, selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan Khairy Jamaluddin sebagai calon di kawasan itu malam tadi.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan hal berkenaan.

“Saya akan berbincang dengan @anwaribrahim mengenai maklum balas pengundi di Sg Buloh mengenai calon PKR setakat ini.

“Saya hargai semua pandangan. Keputusan akhir adalah keputusan beliau sebagai Presiden parti,” katanya dalam ciapan di Twitter, hari ini.

BN semalam mengumumkan penyandang kerusi Rembau itu sebagai calon Parlimen Sungai Buloh, manakala PKR pula sebelum ini mengumumkan pencalonan Timbalan Ketua Penerangan 1 parti itu, Datuk R Ramanan.

Advertisements

Selepas pengumuman Khairy sebagai calon di Parlimen berkenaan, terdapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang menggesa Pakatan Harapan (PH) untuk menukar calon mereka.

Sebelum ini, Sungai Buloh adalah kerusi campuran yang disandang R Sivarasa dari PKR sejak 2008.

Pada PRU14 dalam persaingan di P 107 Sungai Buloh, Sivarasa meraih 43,631 undi menewaskan Nuridah dari Pas yang memperoleh 16,977 undi, A Prakash Rao mewakili BN (16,681) dan Zainurizzaman Moharam dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) (642).

Secara tradisi kerusi Sungai Buloh ditandingi oleh MIC namun parti itu kalah kepada PKR tiga penggal berturut-turut.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan