33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Kertas siasatan pijak kolam Deepavali telah lengkap

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes tular lelaki memijak hiasan lantai tradisional sempena Deepavali di sebuah hospital swasta.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kertas siasatan itu akan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sebelum dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

“Kedua-dua suspek berusia 20 dan 30-an yang direman bermula kelmarin telah diberi jaminan sehingga mendapat keputusan kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan dua kakitangan hospital direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung merosakkan hiasan lantai tradisional atau Kolam sempena Deepavali di pekarangan sebuah hospital swasta di sini.

Kedua-dua suspek iaitu lelaki yang memijak hiasan itu dan perakam video itu ditangkap kira-kira pukul 11 malam Ahad lalu selepas hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

Malah, KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) dalam kenyataannya turut memaklumkan individu yang terlibat dalam video tular memijak serta merosakkan kolam Deepavali itu telah digantung tugas sementara menunggu siasatan selesai.

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan