27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Tidak dicalonkan BN, Annuar tubuh parti Muafakat Nasional?

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SELEPAS nama tidak tercalon untuk mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dipercayai telah menubuhkan sebuah parti baharu.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, parti baharu itu dinamakan dengan Muafakat Nasional.

Dalam hantaran itu juga turut disertakan beberapa keping gambar yang memaparkan logo, baju, senarai ahli parti serta surat pengesahan pendaftaran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Melalui gambar yang dimuat naik, kelihatan nama Annuar sebagai Presiden parti berkenaan, manakala bekas Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Budiman Mohd Zohdi serta bekas setiausaha sulit Annuar, Datuk Mohammad Azam Ismail sebagai ahli jawatankuasa parti itu.

Surat pengesahan pendaftaran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Menerusi catatan tersebut, Annuar berkata, walaupun dirinyab terbuang tetapi beliau harus kekal sebagai pejuang yang terbilang.

Advertisements

“Insya-Allah masih ada landasan untuk terus berkhidmat atas jalan kebaikan dan kebajikan, terutama mengajak ke arah perpaduan dan penyatuan ummah.

“Islam dan umat Melayu harus kekal kuat dan berkuasa. Kita kuat jika bersatu padu.Berdiri dalam saf yg dipimpin dengan jelas halatuju, kepimpinan bermutu.

“Biarpun terbuang, harus kekal sebagai pejuang yang terbilang,” katanya.

Semalam, Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan calon yang akan bertanding mewakili Parlimen Ketereh adalah Ketua Pergerakan Puteri UMNO Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan