31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pembinaan 700 rumah PPR di Kepala Batas, dijual serendah RM45,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 700 unit kediaman Projek Program Perumahan Rakyat (PPR) akan dibina di Alor Pongsu, Seberang Perai Utara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, projek bangunan empat tingkat bernilai RM113 juta itu adalah salah satu inisiatif Keluarga Malaysia.

“Ia akan dilengkapi dengan kemudahan asas dan akan dilaksanakan di atas tanah seluas 20 ekar milik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

“Projek PPR Kepala Batas itu turut menyediakan tujuh unit rumah sebagai memenuhi keperluan orang kurang upaya (OKU).

Beliau berkata, projek berkenaan sebagai memenuhi keperluan kediaman untuk golongan berpendapatan rendah yang berkelayakan dan masih belum memiliki rumah.

“Kos pembinaan seunit rumah ini adalah RM161,000 tetapi ia akan dijual pada harga RM45,000 seunit.

“Ini bermakna subsidi bagi seunit rumah adalah RM116,000 dan jumlah keseluruhan subsidi yang ditanggung kerajaan bagi projek ini adalah sebanyak RM81.2 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran pecah tanah PPR Kepala Batas, Masjid Putra Bertam dan Kepala Batas Youth Centre (KBYC) hari ini.

Sehingga 31 Ogos lalu, sebanyak 156 Program PPR meliputi 100,000 unit kediaman dibangunkan di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM8.6 bilion.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan menyasarkan 500,000 unit pembinaan rumah mampu milik dibawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKE-12) dan komitmen setakat ini adalah sebanyak 386,000 unit.

“Secara keseluruhannya kos projek membabitkan nilai RM8.60 bilion dan sebanyak 156 projek telahpun siap meliputi 98,196 unit rumah dalam kategori PPR dimiliki (60 projek) dan PPR disewa (96 projek),”katanya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan