25.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Kesihatan mental kanak-kanak di PPR membimbangkan – KKM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ISU kesihatan mental kanak-kanak berumur di antara 10 hingga 17 tahun yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) merupakan satu fenomena yang sangat membimbang Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, antara faktor penyumbang kepada perkara isu tersebut adalah disebabkan persekitaran tempat tinggal yang tidak kondusif.

Jelasnya, perkara ini perlu dilihat dengan lebih mendalam kerana ia boleh membawa kepada tindakan bunuh diri dalam kalangan usia kanak-kanak tersebut. 

“Ini adalah satu fenomena atau perkara yang sangat membimbangkan KKM. Kita dapat tahu bahawa keadaan atau tempat tidak yang tidak selesa dan tidak kondusif itu juga memberi sumbangan kepada kesihatan mental khususnya kepada kanak-kanak.

“Ia biasa kadang-kadang kita lihat macam flat PPR itu tempat yang sangat kecil dengan dua bilik tetapi (didiami) tiga generasi berada di dalam rumah yang sekecil itu,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Advertisements

Beliau menjawab soalan tambahan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) yang bertanyakan langkah KKM mengatasi masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak berumur 10 hingga 17 tahun yang tinggal di PPR di sekitar Lembah Klang.

Justeru itu, Zaliha berkata, kerjasama daripada pelbagai agensi khususnya Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) selaku pembangunan perumahan tersebut sangat diperlukan.

“Apabila kita kata kanak-kanak atau remaja PPR, sebahagian daripada mereka yang mengalami kesihatan mental atas sebab tertentu maka kita juga kena kerjasama dengan KPKT, mereka yang membangunkan perumahan. 

“Kita ada modul-modul bersama dengan remaja ini tetapi lebih daripada itu sebenarnya kerajaan kena bekerjasama antara agensi. Oleh itu, kita perlukan koloborasi strategik bersama agensi pusat-pusat yang lain,” katanya. –  Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan