31.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Akaun KWSP untuk kecemasan akan dilaksanakan April 2024

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AKAUN fleksible Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketiga untuk kecemasan dicadang akan mula dilaksanakan pada April 2024.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pada bulan Februari 2024 akan diumumkan dividen bagi akaun KWSP dan selepas itu Kementerian Kewangan akan mengumumkan kaedah lebih terperinci mengenai fleksibel akaun yang juga akaun nombor tiga.

“Organisasi yang berkaitan boleh memberikan pandangan mengenai fleksibel akaun ini dan mereka boleh menulis kepada Kementerian kewangan dan juga KWSP,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Lembaga Pengarah dan Seminar Persatuan Keselamatan Sosial ASEAN (ASSA) ke-40 hari ini.

Beliau mengatakan Kementerian Kewangan sedang meneliti perkara tersebut yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Belanjawan 2024.

“Kami akan melaksanakannya tetapi perlu ada kaedah tertentu yang tidak terlalu menjejaskan pendapatan rakyat dan ia hanya boleh dikeluarkan waktu kecemasan.

Advertisements

“Apakah maksud kecemasan itu juga akan diperincikan kemudian.

“Jadi kita tahu bahawa RM145 bilion ringgit telah dikeluarkan melalui empat kali pengeluaran ketika Covid-19 dan selepas itu kerajaan buat keputusan tidak ada lagi pengeluaran,”katanya.

Walaubagaimanapun, Ahmad mengatakan masih terdapat desakan daripada pelbagai pihak agar membenarkan pengeluaran wang simpanan KWSP bagi tujuan kecemasan.

“Maka kami akan membuat formula baru iaitu akaun ketiga. Jadi perinciannya kemudianlah. Cadangannya bermula bulan April tahun depan,” tambahnya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Pemegang jawatan dalam UMNO perlu tampilkan idea segar, bernas

PARA pemegang jawatan dalam UMNO di semua peringkat perlu tampil ke hadapan untuk memberikan idea-idea segar dan bernas, kata...

Lagi Artikel Berkaitan