33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Dr. Akmal minta rakyat nilai khidmatnya sebagai ADUN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr. Muhamad Akmal Saleh meminta maklum balas warga Merlimau dan rakyat Melaka berhubung kualiti perkhidmatannya sebagai wakil rakyat.

Muhamad Akmal menerusi Facebook berkata, penilaian tersebut boleh dijadikan kayu ukur kepadanya untuk menambah baik perkhidmatan yang ditawarkan kepada rakyat.

“Hari ini genap dua tahun saya diamanahkan sebagai yang berkhidmat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

“Saya mohon ampun dan maaf jika sepanjang saya menjadi yang berkhidmat ini banyak kelemahan dari diri saya, tetapi percayalah semangat dan jiwa saya untuk berkhidmat sebaik mungkin tidak pernah pudar dari dulu hingga ke hari ini.

“Sehubungan itu, saya mohon pandangan dan maklum balas dari anda semua terutama warga DUN Merlimau dan rakyat Melaka mengenai mutu dan kualiti perkhidmatan saya selama dua tahun ini,” katanya hari ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021, Muhamad Akmal berjaya memenangi kerusi di DUN Merlimau dengan majoriti 3,248 selepas mendapat 5,633 undi.

Advertisements

Beliau menewaskan dua calon lain, Azrin Ab. Majid dari Parti Amanah Negara (Amanah) yang meraih 2,385 undi sementara Abd. Alim Shapie (Pas) mendapat 1,622 undi.

Mengulas lanjut Muhamad Akmal berkata, biarpun telah menjadi wakil rakyat, beliau tidak akan sesekali melupakan asal usulnya iaitu seorang ‘anak kampung’.

“Segala pandangan dan maklum balas yang anda berikan akan saya jadikan sebagai panduan untuk membaiki segala kelemahan di dalam diri saya.

“Setinggi mana kita terbang, jangan pernah lupa asal usul kita,” katanya.

Maklum balas tersebut boleh disampaikan dengan mengisi pautan Google Form yang berikut: https://forms.gle/2NaQbfi5AnEqPNvE6 – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan