29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Sepak pengadil: Yazan Al-Arab digantung seumur hidup

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKAS pertahanan import Selangor, Yazan Al-Arab digantung seumur hidup daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak di negara ini susulan tindakannya menyepak dan meludah pengadil ketika aksi Piala Malaysia, September lalu.

Ini termasuk aktiviti-aktiviti pentadbiran, pengurusan dan kesukanan bola sepak serta aktiviti yang bersampingan dengannya di Malaysia.

Keputusan tersebut dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kali ke-14 bagi penggal 2021-2025 yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Dr. Baljit Singh Sidhu berkatas, pemain Jordan itu turut dikenakan penggantungan empat perlawanan dalam satu lagi pertuduhan selepas didakwa mengeluarkan kata-kata dan menolak pengadil dalam perlawanan sama.

“Walau bagaimanapun, mengikut Artikel 43 Kod Tatatertib FAM, jawatankuasa boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran yang paling serius yang dilakukan sahaja dan bergantung kepada keadaan, boleh meningkatkan lagi hukuman tersebut. 

“Justeru, hukuman yang dikenakan adalah dihukum penggantungan seumur hidup daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak termasuk aktiviti-aktiviti pentadbiran, pengurusan dan kesukanan bola sepak serta aktiviti yang bersampingan dengannya di Malaysia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Sementara itu, Baljit Singh berkata, Yazan juga diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Namun katanya, keputusan tersebut masih boleh dirayu.

Dalam pada itu, Selangor FC turut dikenakan didenda sebanyak RM23,000 atas tiga kesalahan ketika aksi suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Terengganu FC di Stadium MBPJ.

Ia melibatkan kejadian cermin kereta kereta pegawai pecah dibaling batu, pegawai perlawanan dibaling botol air dan gagal memastikan keselamatan pengadil selepas perlawanan.

Lima pegawai pasukan Selangor FC turut didenda dengan hukuman pengantungan dan denda yang berbeza ekoran tindakan dan kelakukan mereka dalam perlawanan tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan