27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, December 10, 2023

‘Scammer’ guna gambar profil Fadillah di media sosial, Whatsapp

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengesahkan ada pihak tidak bertanggungjawab atau scammer yang menggunakan gambarnya di Facebook dan platform Whatsapp dan Telegram.

Fadillah menerusi Facebook berkata, beliau telah menerima laporan terdapat individu cuba melakukan penipuan dengan menggunakan gambar profilnya menerusi nombor telefon bimbit 011-1404 5313.

“Beberapa rakan saya menerima mesej daripada individu yang menggunakan nombor berkenaan untuk membuka Whatsapp group dan telah memaklumkan kepada saya.

“Setelah disemak nombor berkenaan turut digunakan di aplikasi Whatsapp dan Telegram dengan menggunakan gambar profil saya,” katanya hari ini.

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, laporan telah dibuat kepada pihak pengendali Whatsapp dan Telegram.

“Semakan menerusi truecaller nombor berkenaan menggunakan nama ‘Rinoneze’.

“Pada masa sama terdapat individu menggunakan gambar saya untuk membuka akaun Facebook. Laporan telah dibuat kepada Facebook mengenai akaun palsu berkenaan,” katanya. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Pasangan warga asing diberkas jadi ejen permit kerja haram

WARGA asing dipercayai suami isteri dan ejen sindiket memperbaharui permit kerja secara penipuan, ditahan menerusi Ops Serkap di sebuah...

Lagi Artikel Berkaitan