27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Waspada hadapi gelombang Monsun Timur Laut

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMUA komuniti maritim khususnya yang berada di kawasan Pantai Timur Semenanjung diingatkan agar meningkatkan tahap kewaspadaan ketika musim Monsun Timur Laut.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata, komuniti maritim tersebut termasuklah nelayan, komuniti perkapalan, industri cari gali minyak serta penggemar aktiviti rekreasi laut atau di pesisir pantai.

“Ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia telah menunjukkan amaran angin kencang bertiup pada kelajuan 40-50 kilometer sejam dengan ketinggian ombak mencecah 3.5 meter sedang melanda negara,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau turut memaklumkan, hujan lebat berterusan diramalkan berlaku sehingga bulan Mac 2024.

Advertisements

“Fenomena pasang besar turut diramalkan bermula 19 November hingga 31 Disember ini.

“Situasi ini boleh meningkatkan risiko kepada semua komuniti maritim, oleh itu bagi memberi kesedaran mengenai keselamatan di laut, Maritim Negeri Kelantan telah melaksanakan pelbagai aktiviti seperti perjumpaan dengan komuniti dan rondaan pesisir laut yang diatur gerak bermula dari Pantai Tok Bali sehingga Pantai Sri Tujuh.

“Melalui kempen-kempen ini, komuniti maritim diharapkan dapat membuat persiapan terbaik agar keselamatan nyawa dan harta benda terjamin selain dapat mengekalkan rekod sifar kes carilamat di perairan Kelantan,”katanya. – Edisi 9



Advertisements

Terkini

Politeknik Sultan Idris Shah pertahan gelaran FIRA Malaysia

POLITEKNIK Sultan Idris Shah (PSIS), Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan Piala Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan