26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Tol percuma Seksyen 6 WCE hingga 2 Januari 2024

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGGUNA Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) akan menikmati perjalanan tol secara percuma selama 43 hari bermula 12.01 pagi pada 21 November ini hingga 2 Januari 2024.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Nanta Linggi berkata, pemberian tol percuma itu akan melibatkan Lebuhraya WCE melibatkan Seksyen 6 dari Plaza Tol Bandar Bukit Raja Utara ke Plaza Tol Assam Jawa.

“Laluan ini dijangka dapat menjimatkan masa perjalanan dari Kapar ke Assam Jawa (Ijok) yang akan mengambil masa hanya 15 minit sahaja berbanding 45 minit sebelum ini melalui laluan sedia ada,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Terdahulu, beliau melancarkan pembukaan Seksyen 6 Persimpangan Bertingkat Bandar Bukit Raja Utara ke Persimpangan Bertingkat Assam Jawa, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat atau lebih dikenali sebagai West Coast Expressway (WCE).

Advertisements
Alexander melancarkan pembukaan Seksyen 6 Persimpangan Bertingkat Bandar Bukit Raja Utara ke Persimpangan Bertingkat Assam Jawa, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat.

Jajaran sepanjang 21.8 kilometer yang menghubungkan secara terus pengguna lebuh raya dari Kapar ke Assam Jawa ini akan dibuka kepada pengguna lebuh raya bermula tengah malam ini (12.01 pagi 21 November 2023).

Tambahnya, jajaran baharu itu akan mula dibuka kepada pengguna sepenuhnya bermula 12.01 malam, pada Selasa ini.

Alexander berkata, tentunya pembukaannya akan memberi impak positif kepada sosio-ekonomi dan merancakkan industri pelancongan tempatan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan