26 C
Kuala Lumpur
Sunday, December 10, 2023

REE: Bekas Setiausaha Politik MB Kedah didakwa minta, terima suapan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Mohamad Hilmi Abdul Wahab dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan berkaitan projek perlombongan unsur Nadir Bumi (REE) di sekitar negeri itu, Julai lepas.

Bagaimanapun, Mohamad Hilmi, 50, membuat pengakuan tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Bagi pertuduhan pertama, Mohamad Hilmi didakwa meminta suapan wang tunai berjumlah RM250,000 daripada Pengarah Syarikat Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd, Liana Mamat @ Khalid, 40, melalui Syed Muhammad Syid Aluvi, 34.

Ia sebagai dorongan bagi tertuduh, yang ketika itu Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membantu syarikat berkenaan untuk mendapat kelulusan permohonan Lesen Perlombongan dan Lesen Penjelajahan REE di sekitar Kedah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Sunway Kiara Hills, Taman Sri Hartamas, di sini, pada 4 Julai lepas.

Dia turut didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah RM150,000 daripada individu sama (Liana) bagi tujuan sama di sebuah restoran di Desa Sri Hartamas di sini, pada 11 Julai lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Pasangan warga asing diberkas jadi ejen permit kerja haram

WARGA asing dipercayai suami isteri dan ejen sindiket memperbaharui permit kerja secara penipuan, ditahan menerusi Ops Serkap di sebuah...

Lagi Artikel Berkaitan