26 C
Kuala Lumpur
Sunday, December 10, 2023

Agus Yusoff akan beri keterangan di IPD Kajang jam 2 petang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Mohammad Agus Yusoff akan hadir memberi keterangan hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Ia susulan video perbualan miripnya dengan seorang kakitangan J-KOM yang tular dan dilaporkan telah disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Razarudin berkata, Mohammad Agus akan memberi keterangan pada 2 petang ini.

“Selain Mohammad Agus, terdapat lagi beberapa individu lain dijangka akan dipanggil bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Hanya beliau (Mohammad Agus) dipanggil hari ini manakala Wahab (Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, Penolong Pegawai J-KOM) akan dipanggil dalam tempoh terdekat,”katanya.

Mengulas mengenai individu bergelar “Mr H” yang dikaitkan dengan kes berkenaan, Razarudin berkata ia masih dalam siasatan polis.

Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Mohammad Agus dengan seorang individu lain.

Mohammad Agus pada sidang medianya Jumaat lepas di sebuah hotel di Bangi dekat sini, mendakwa video itu disunting dan telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan. – BEENAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Pasangan warga asing diberkas jadi ejen permit kerja haram

WARGA asing dipercayai suami isteri dan ejen sindiket memperbaharui permit kerja secara penipuan, ditahan menerusi Ops Serkap di sebuah...

Lagi Artikel Berkaitan