24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024

Dr Mohammad Agus sah letak jawatan

Mesti Baca

KETUA Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff sah meletak jawatan dan tidak lagi mempunyai kaitan dengan kerajaan dan agensi itu.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, Agus mengemukakan peletakan jawatan dan kerajaan berterima kasih atas khidmat diberikan.

“Saya telah bercakap dengan Timbalan Ketua Pengarah J-KOM Datuk Ismail Yusop dan beliau mengesahkan menerima surat peletakan jawatan itu.

“Agus telah mengemukakan surat peletakan jawatannya dan kami berterima kasih kepadanya. Beliau kini tiada kaitan dengan J-Kom atau kerajaan,” katanya.

Fahmi berkata, dia tidak bercakap dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai perkara itu tetapi langkah akan diambil untuk menggantikan Agus secepat mungkin.

Terdahulu Agus dilaporkan mengesahkan menyerahkan surat peletakan jawatannya, mendakwa dia menerima tawaran daripada organisasi tempatan dan antarabangsa yang memerlukan khidmatnya.

Advertisements

Beliau menafikan bahawa ia disebabkan tekanan terhadap prestasi buruknya dalam agensi itu.

“Tiada kena mengena dengan tekanan daripada pengkritik,” katanya.

Agus Yusoff dilantik sebagai ketua J-KOM pada Februari tahun ini tetapi jabatan itu dibelenggu dengan kritikan.

Sebelum ini dilaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai Marina Ibrahim menggesa Agus meletakkan jawatan berikutan prestasi kerajaan perpaduan dalam enam pilihan raya negeri awal tahun ini.

J-KOM sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Khas atau Jasa sebelum penjenamaan semula pada 2020 dan diletakkan dalam Jabatan Perdana Menteri.

Peranan utama J-KOM adalah berfungsi sebagai saluran komunikasi kerajaan, menyampaikan mesej Putrajaya kepada orang ramai. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Mitsubishi Electric: Paulo Josue selamatkan ‘maruah’

PEMAIN naturalisasi, Paulo Josue menjadi penyelamat maruah skuad Harimau Malaya apabila dua jaringannya di separuh masa kedua berjaya membawa...

Lagi Artikel Berkaitan