30.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

USANITA kunjungi Menteri Koperasi & UKM Indonesia

Mesti Baca

DELEGASI usahawan wanita Malaysia hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Koperasi dan Usaha Kecil dan Menengah (UKM) Republik Indonesia, Teten Masduki di pejabatnya di Jakarta, hari ini.

Usawahan-usahawan Malaysia itu diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif USANITA Sdn. Bhd, Datuk Adzliana Hasan.

Adzliana berkata, pertemuan hampir sejam itu tertumpu kepada perbincangan untuk kolobrasi bersama dalam bidang keusahawanan termasuklah program Bridge to Brilliance yang dianjurkan oleh pihaknya.

“Pak Teten telah mendengar dan menyambut baik konsep program Bridge to Brilliance yang dibentangkan oleh kami.

“Beliau melihat pelaksanaan program ini merupakan satu bentuk kerjasama yang baik memandangkan Indonesia juga sangat giat membangunkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negaranya.

“Program ini merupakan satu usaha untuk menghubungkan Usahawan-usahawan Kecil dan Menengah (UKM) di Indonesia; kalau di Malaysia kita panggil Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisements

Adzliana berkata, usahawan daripada kedua-dua negara akan bersama-sama berkongsi idea digital, pengurusan masyarakat tanpa tunai (cashless) serta peluasan pasaran dalam program padanan ini.

Katanya, kelebihan Indonesia adalah mereka mempunyai kekayaan natural resources serta populasi rakyat yang besar.

“Saya dan Bapak Teten berkongsi hasrat yang sama. Kami ingin melihat Malaysia dan Indonesia berganding bahu dalam membangunkan sosioekonomi masyarakat antara dua negara di rantau Asean ini.

“Pertemuan ini telah mencapai matlamat USANITA untuk menjalinkan kerjasama dengan Indonesia dalam membangunkan usahawan di kedua-dua negara,” katanya.

Tambahnya, USANITA telah dijemput untuk hadir pada Program Rasmi Usahawan Indonesia pada 28 November ini yang akan melibatkan lebih 120 pemain industri pemula.

Berdasarkan Global Entrepreneurship Monitor, jumlah usahawan wanita di Indonesia mencapai 14 peratus daripada populasi Indonesia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan