27 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Tiga bot nelayan Indonesia ditahan tangkap ikan tanpa permit

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak menahan tiga bot nelayan Indonesia kerana disyaki menangkap ikan di perairan negara tanpa permit yang sah sekitar pukul 6.05 pagi, Selasa lalu.

Pengarah Maritim Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md. Yunus berkata, kesemua bot tersebut dikesan di kedudukan lebih kurang 110 batu nautika Barat Laut Tanjung Kidurong, Kuching.

Katanya, pemeriksaan terhadap ketiga-tiga bot mendapati terdapat tiga kru termasuk tekong warga Indonesia pada setiap bot.

“Jumlah keseluruhan kru adalah sembilan orang dan mereka berumur dalam lingkungan 22 hingga 45 tahun.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tiada nombor pendaftaran pada ketiga-tiga buah bot yang berasal dari Indonesia itu.

Advertisements

“Kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dan ketiga-tiga bot berkenaan didapati memasuki perairan Malaysia bagi tujuan menangkap ikan,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Zin Azman berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan di perairan Malaysia dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua sembilan kru warga asing dan bot berkenaan diiring ke Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (Komtas) untuk tindakan lanjut.

“Tangkapan kali ini jauh dari sempadan Indonesia dan tidak wajar berlaku.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana bot nelayan asing yang memasuki dan melakukan aktiviti penangkapan ikan secara tidak sah ini dengan berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan