Sunday, July 26, 2026

Peru pelawa Malaysia buka pejabat pensijilan halal – Anwar

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA bakal membuka sebuah pejabat di Peru untuk menjadi pemudah cara pensijilan halal bagi produk di negara tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia susulah permintaan Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra dalam pertemuan dua hala hari ini.

Oleh itu katanya, kerajaan merancang untuk menunaikan permintaan tersebut dalam tempoh terdekat.

“Saya telah bersetuju untuk memudahkan permintaan Peru itu secepat mungkin.

“Presiden Boluarte turut mempelawa saya dan ke Peru tahun depan, sempena Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2024 yang akan dipengerusikan negara itu.

“Kami berdua turut membincangkan aspek peluang kerjasama ekonomi antara kedua-dua selain menyentuh isu pemerkasaan wanita dan perubahan iklim,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Malaysia juga menyokong usaha Peru untuk mewujudkan status Perkongsian Pembangunan dengan ASEAN.

Selain itu katanya, beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak berkuasa Peru kerana menyelamatkan dan membantu 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan eksploitasi buruh di Peru baru-baru ini. – Edisi 9

Terkini

NREA 2026 terima 117 penyertaan, melibatkan 23 kategori

ANUGERAH Hartanah Nasional (NREA) Ke-18 anjuran Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) mengiktiraf 83 penerima, sekali gus meraikan kecemerlangan pengamal...

Lagi Artikel Berkaitan