26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

WACFFL 2023 bentuk pemimpin peka isu alam sekitar

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENGANJURAN program Kem Kesedaran Air Bagi Pemimpin Masa Hadapan (WACFFL) 2023 merupakan langkah positif dalam membentuk pemimpin masa depan yang peka terhadap isu-isu alam sekitar.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Mat Isa berkata, program yang kali ketiga dianjurkan itu melibatkan penyertaan pelajar daripada Uniten dan Universiti Islam Selangor (UIS)

Katanya, WACFFL 2023 adalah sebuah usahasama bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan sumber air kepada generasi muda melalui aktiviti fizikal dan berkumpulan.

“Saya gembira melihat pelajar universiti diberi tanggungjawab sejak awal untuk melestari sumber air.

“Ia dapat mendidik peserta agar menjadi ejen perubahan dalam masyarakat demi menghargai kepentingan air dan alam sekitar,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

WACFFL 2023 yang dianjurkan Uniten bersempena Hari Air Sedunia 2023 melibatkan penyertaan seramai 33 orang pelajar Uniten dan 32 pelajar dari UIS.

Advertisements

Program itu telah berlangsung semalam di Semenyih Eco-Venture Resort and Recreation, Selangor.

WACFFL 2023 merupakan langkah positif dalam membentuk pemimpin masa depan yang peka terhadap isu-isu alam sekitar.

WACFFL 2023 juga merupakan contoh satu kerjasama komprehensif antara institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan dalam memastikan kesedaran air terus dipromosikan di kalangan generasi muda.

Abdul Aziz berkata, semua peserta berpeluang menyelesaikan enam modul yang merangkumi aspek kualiti air, pengurusan sumber air, pemantauan sungai, penuaian air hujan, biodiversiti sungai, dan tenaga boleh diperbaharui daripada air.

“Setiap modul program melibatkan pelbagai kaedah interaktif dan pembentangan berkumpulan, memberikan peluang kepada peserta untuk menguji kefahaman mereka,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Latihan dan Penerangan Awam UNESCO-IHP Malaysia, Prof. Dr. Nabsiah Abdul Wahid mengucapkan tahniah kepada peserta yang bakal menjadi duta sumber air untuk masa hadapan.

“Saya berharap program ini dapat diteruskan pada masa hadapan, dan usaha bersama antara institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan akan meneruskan usaha pemantapan kesedaran air demi memenuhi matlamat negara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan