27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Anak KPN antara 538 pelatih kadet inspektor tamat latihan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Inspektor Pelatih hari ini cukup bermakna buat Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain apabila anaknya, Amirul Nabil turut menamatkan latihan.

Amirul Nabil merupakan salah seorang daripada 538 pelatih kadet inspektor yang berjaya menamatkan PLAK Inspektor Pelatih Bilangan 10 Siri 1/2023 Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, hari ini.

Anak kepada Razarudin itu telah mengetuai detachment kedua selepas kesemua mereka berhempas pulas menamatkan latihan kepolisan selama sembilan bulan sebelum bergelar pegawai kanan polis.

Razarudin dalam amanatnya mengingatkan, semua pelatih yang akan memulakan karier sebagai pegawai supaya menjauhkan diri daripada salah laku, rasuah, mematuhi undang-undang serta perintah pasukan.

“Perlu diingat, bahawa tugas ini merupakan satu amanah yang telah disandarkan di bahu kita dan akan dihisab di akhirat, kelak.

Advertisements
Amirul Nabil (kiri) bergambar kenangan bersama Razarudin Husain dan Zainah Othman (kanan) selepas menamatkan PLAK Inspektor Pelatih Bilangan 10 Siri 1/2023 Pulapol Kuala Lumpur, hari ini. – Edisi9/PDRM

“Anda hendaklah memahat niat dalam diri untuk menjadi seorang pegawai polis yang berintegriti dan jujur kerana keberkatan dalam pekerjaan itu, membawa keberkatan dalam kehidupan,” katanya hari ini.

Seramai 403 pelatih kadet inspektor lelaki dan 135 pelatih wanita berjaya menamatkan latihan pada siri kali ini.

Pada majlis itu, turut dipersembahkan gimik khas kesemua pelatih kadeti inspektor yang mendendangkan lagu Allahyarham Datuk Sudirman Arshad bertajuk Warisan.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep), Puan Sri Zainah Othman; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay serta isteri, Datin Seri Zalena Mohd. Ariffin. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan