30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 4, 2024

Pelajar tahfiz Uniten kongsi ilmu dengan rumah anak yatim

Mesti Baca

SERAMAI 26 penghuni Rumah Anak Yatim & Miskin Nur Iman, Rompin bertuah kerana mereka berpeluang mendalami ilmu al-Quran bersama para Huffaz Profesional dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Kampus Sultan Ahmad Shah, Bandar Muadzam Shah baru-baru ini.

Menerusi program Eskplorasi Tajwid: Menyelami Keindahan al-Quran, seramai enam fasilitator termasuk lima hufaz yang mengikuti Pensijilan Tahfiz al-Quran dan ijazah sarjana muda di Uniten kampus tersebut terlibat.

Menurut Pengarah Program, Adib Mursyid Amran, program tersebut bermatlamat memupuk kecintaan kepada al-Quran dan memperdalam pemahaman ilmu tajwid dalam kalangan penghuni rumah anak yatim tersebut.

“Para fasilitator dapat menyumbang dalam bentuk ilmu sementara peserta pula dapat memperkukuhkan pemahaman tajwid serta membetulkan bacaan al-Quran mereka,” katanya dalam kenyataan.

Advertisements

Antara pengisian program tersebut kelas tajwid, aktiviti berkumpulan, kuis serta sesi mendengar alunan bacaan al-Quran oleh fasilitator di samping bimbingan rukun dan bacaan solat yang tepat.

Sementara itu Penasihat Program, Nik Amalena Najebah Nik Azman berkata, Uniten dan Uniten Business School (UBS) komited untuk terus menyampaikan ilmu kepada masyarakat dalam usaha membina generasi muda yang berilmu.

“Usaha kecil seperti ini diharapkan dapat memberi impak positif yang besar, serta menjadi titik tolak kepada lebih banyak program bermanfaat pada masa akan datang,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bahasa kebangsaan identiti negara yang tidak wajar dipersoal

Oleh PROF MADYA DR SALINAH JAAFAR BAHASA Melayu atau bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.  Sewajarnyalah penggunaan...

Lagi Artikel Berkaitan