Wednesday, July 22, 2026

Kuiz Perakaunan Negeri Pahang pertama rekod 157 penyertaan

Program ini diharap dapat menjadi platform tahunan yang berprestij dalam meningkatkan minat pelajar terhadap subjek Perakaunan...

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

KUIZ Perakaunan Negeri Pahang yang julung kali dianjurkan oleh UNITEN Business School mendapat sambutan luar biasa apabila sebanyaj 157 pasukan terdiri daripada para pelajar sekolah menengah di negeri ini.

Menurut Pengarah Program, Nik Abdul Qayyum Nik Azhar berkata, para peserta melalui peringkat saringan yang diadakan secara dalam talian pada Rabu lalu sebelum memilih lapan pasukan terbaik.

Lapan pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abu Bakar, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tanah Puteh, SMJK Hwa Lian, SMK Seri Bahagia, Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muadzam Shah, MRSM Kuantan dan SMK Agama Pahang.

Beliau berkata, program sebegini amat signifikan dalam memberi impak positif kepada para peserta bukan sahaja dari aspek pengetahuan akademik, tetapi turut menyumbang kepada pembentukan karakter, nilai diri dan keyakinan pelajar sebagai persediaan menghadapi alam pengajian tinggi.

“KPNP bukan sekadar satu pertandingan ilmu, tetapi merupakan sebuah platform pemerkasaan pelajar – mencungkil bakat muda dalam bidang perakaunan, menyemai minat yang mendalam, serta memupuk budaya kecemerlangan dalam kalangan pelajar sekolah menengah di negeri Pahang,” katanya.

KPNP peringkat saringan telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNITEN, Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Mat Isa.

Nik Abdul Qayyum berkata, peringkat separuh akhir dan akhir akan diadakan secara bersemuka di UNITEN Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Muadzam Shah pada 26 April 2025.

Hadiah utama berupa tajaan yuran pengajian di UNITEN bernilai RM12,000 bersama wang tunai RM600, trofi serta sijil penghargaan menanti pemenang.

Sementara itu pensyarah yang juga Penasihat Program KPNP, Nik Amalena Najebah Nik Azman berharap menerusi acara tersebut para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah, dapat menimba pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perakaunan secara langsung.

“Sebagai penganjuran kali pertama, program ini diharap dapat menjadi platform tahunan yang berprestij dalam meningkatkan minat pelajar terhadap subjek Perakaunan serta mendedahkan mereka kepada suasana pembelajaran yang lebih interaktif dan kompetitif,”katanya.

Penganjuran KPNP 2025 itu turut disokong oleh rakan strategik Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Yayasan Canselor UNITEN, Malaysian Institute of Accountants (MIA), The Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) dan Yayasan Pahang. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan