25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, February 17, 2025

Annuar Musa dilantik Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Pengerusi UMNO Kelantan, Tan Sri Annuar Musa dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

Pengerusi Muafakat Nasional (MN) itu berkata beliau turut dilantik sebagai Ahli Lajnah Politik PAS.

Menurutnya, pelantikan bagi kedua-dua jawatan itu diumumkan ketika beliau hadir kali pertama dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dipengerusikan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang semalam.

Dalam mesyuarat sama, beliau menerima watikah pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Advertisements

“Alhamdulillah walaupun mereka cuba membunuh kerjaya dan perjuangan politik saya selama ini, Allah SWT telah mempertemukan saya dengan satu wadah politik Islam yang lebih bertenaga, lebih luhur, lebih kukuh berpandukan al-Quran, sunah ijmak dan qias.

“Malah kini, PAS dan PN adalah payung besar perjuangan yang didukung kuat oleh rakyat, khususnya orang Melayu dan umat Islam.

“Sebaliknya mereka yang dulunya rakus dan sombong dgn kuasa kini mula ditinggalkan rakyat.. Allahuakbar,”katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Annuar berkata, beliau istiqamah berjuang bersama wadah PAS dan pegangan politik yang mendahulukan muafakat ummah berteraskan politik Melayu Islam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bekas ADUN Kemasik kritikal, keluarga mohon kemaafan 

BEKADS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Terengganu, Datuk Abu Bakar Ali dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di...

Lagi Artikel Berkaitan