25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Pertemuan dengan Sultan Kedah tiada kaitan REE – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Anwar Ibrahim menafikan tujuan beliau menghadap Sultan Kedah, Sultan Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, tahun lalu ada kaitan dengan aktiviti unsur nadir bumi (REE) di negeri itu.

Perdana Menteri berkata, pertemuan itu hanyalah kunjungan hormat beliau terhadap Sultan Kedah dan turut disertai ahli perniagaan Indonesia, Reza Chalid itu.

“Pertemuan dengan Sultan Kedah tidak berbangkit soal REE. Kalau dia (Reza) mohon, (permohonan) itu bukan pada Sultan Kedah. Sultan Kedah panggil saya berikutan hal lain.

“Pertemuan itu tiada kaitan dengan perniagaan dalam bidang itu (REE), saya tidak mahu cakap lebih daripada itu, hanya kunjungan hormat saya dengan Sultan Kedah,” katanya.

Advertisements

Anwar berkata demikian kepada pemberitan selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2023 di ibu negara, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa Anwar dan seorang warganegara Indonesia pernah datang ke Kedah untuk meninjau tapak lombong REE sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Katanya, pelabur tersebut, Reza dikatakan berminat mengusahakan aktiviti melombong REE di negeri ini.

Malah Muhammad Sanusi turut mendakwa pertuduhan terhadapnya berhubung kecurian REE, mempunyai kaitan dengan bidaan taikun Indonesia itu untuk mendapatkan hak perlombongan galian yang menguntungkan di Kedah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan