25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Pendekatan baharu pupuk minat belajar sains dan teknologi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) perlu menggunakan pendekatan baharu bagi memupuk minat pelajar meminati bidang sains dan teknologi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana kaedah sedia ada perlu ditambah baik apatah lagi minat mereka dalam bidang tersebut semakin berkurangan.

Untuk itu, beliau berharap kedua-dua kementerian duduk semeja serta mendapatkan pandangan ahli sains bagi berbincang mengenai pendekatan baharu yang boleh diguna pakai.

“Menteri Pendidikan (KPM), Menteri Sains (MOSTI) perlu mendapatkan pemikiran pandangan ahli sains dan minta mereka (atau) badan-badan penyelidikan (tampil) dengan hasil mereka terjun ke bawah ke sekolah-sekolah dan politeknik, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan ke sekolah vokasional.

“Ini untuk menambah minat anak-anak bukan sahaja dari segi penceritaan guru-guru dan teorinya tetapi dengan penekanan kepada keutamaan dan kepentingan sains, matemetik dan teknologi,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia 2023 (MCY Summit 2023) di ibu negara, hari ini.

Yang turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, kaedah mesyuarat, penyelarasan dan sebagainya dilihat sudah ketinggalan zaman.

“Kerana dalam beberapa hal kita dapat mencatat kemajuan seperti pelaburan baharu yang besar bukan kecil tetapi kita harus sambut melalui bentuk latihan dan sinergi penyelidikan.

“Saya telah menemui badan induk selain daripada Mesyuarat Majlis Sains Negara dengan Mimos Berhad (Mimos) yang harus dimanfaatkan sepenuhnya dalam pendedahan, latihan dan pencerahan kepada anak-anak kita,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan