32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Cubaan seludup arak di Semporna tumpas

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

CUBAAN menyeludup masuk 120 botol minuman keras yang dianggarkan bernilai RM5,000 di Perairan Tanjung Tabu-tabu, Semporna, Sabah gagal selepas dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir Shubli berkata, bot peronda Maritim Malaysia diatur gerak memintas bot suspek ketika dalam rondaan rutin setelah menerima maklumat risikan.

Setibanya di lokasi katanya, bot suspek dikesan sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan menuju ke perkampungan atas air di Kawasan Tanjung Tabu-tabu.

“Ketika dihampiri untuk pemeriksaan, tekong bot telah bertindak nekad melarikan diri dengan terjun ke laut dan berenang ke arah perkampungan atas air berdekatan.

“Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kotak yang diletakkan di atas bot mengandungi minuman keras pelbagai jenama dipercayai cuba diseludup masuk dari negara jiran untuk pasaran tempatan khasnya di Semporna,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, satu siasatan terperinci dibuat bagi mengesan dan menjejak suspek yang dipercayai sedang bergiat aktif dalam aktiviti penyeludupan di daerah itu.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967, Seksyen 135 (1) (a) atas kesalahan terlibat dalam mengimport atau mengeksport barangan tidak dikastam atau barang larangan itu dikapalkan untuk diturunkan dari kapal untuk dihantar serah.

“Individu yang didapati bersalah kali pertama boleh dikenakan denda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda nilai barangan itu atau RM50,000 atau yang mana satu amaun yang lebih tinggi dan tidak lebih daripada 20 kali ganda duti kastam atau RM500,000 atau yang mana satu amaun yang lebih tinggi atau dipenjarakan selama lima tahun atau kedua-duanya sekali.  

“Zon Maritim Semporna akan terus memperkasakan rondaan dan penguatkuasaan di sekitar Kawasan titik panas terutamanya sekitar sempadan perairan negara untuk membanteras penyeludupan dan kemasukan PATI ke Sabah melalui jalan laut,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sindiket seludup PATI Bangladesh tumpas, lapan ditahan

JABATAN Imgresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan...

Lagi Artikel Berkaitan