27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

PRK: Satu lagi kertas siasatan dibuka Polis Johor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SATU lagi kertas siasatan dibuka Polis Johor semalam, menjadikan jumlah terkini sebanyak tiga kertas siasatan yang kesemua membabitkan kejadian khianat sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Simpang Jeram.

Jurucakap Media PRK Johor, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Superintendan Ibrahim Mat Som berkata, kertas siasatan itu dibuka mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Katanya, sehingga kini, tiga kertas siasatan sudah dibuka sepanjang tempoh berkempen yang bermula sejak 26 Ogos lalu.

“Semalam, satu kertas siasatan dibuka berkaitan dengan bendera dan banner yang telah ditumbangkan dan dipercayai ada unsur khianat.

“Sebelum ini, dua kertas siasatan juga sudah dibuka membabitkan peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 427 kanun sama,”katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Selain itu, Ibrahim berkata, sebanyak 30 permit ceramah dan kempen telah diluluskan, semalam.

Advertisements

Katanya, daripada jumlah itu, 21 permit yang diluluskan adalah bagi kawasan Parlimen Pulai dan sembilan permit bagi Dun Simpang Jeram.

“Bagi kawasan Parlimen Pulai pula, sebanyak lapan permit ceramah dan 13 permit kempen diluluskan, manakala, bagi kawasan Dun Simpang Jeram, sebanyak enam permit ceramah dan tiga permit kempen diluluskan,”katanya.

Menurut beliau, sepanjang tempoh berkempen, Polis Johor sudah meluluskan 324 permit daripada 333 permohonan yang diterima pihak polis.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan supaya semua parti serta kumpulan penyokong menghormati antara satu sama lain serta tidak melakukan kerosakan terhadap poster, banner, bendera, kain rentang mana-mana parti politik dengan mencabut atau membakarnya.

“Hal ini adalah satu perbuatan khianat dan menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan