27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Tegur jiran, tiga beranak cedera dipukul

Mesti Baca

AKIBAT menegur jiran, tiga beranak cedera dipukul dalam satu pergaduhan di kawasan perumahan Jalan Tepi Sungai Klang, di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang dipercayai apabila salah seorang mangsa menegur jirannya yang sebelum itu memanggil dengan kasar serta kurang sopan.

“Kejadian bermula dengan pertengkaran mulut dan kemudiannya menjadi semakin tegang apabila turut disertai dengan beberapa rakan jiran mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Cha berkata, rakan jiran itu kemudian bertindak membaling batu serta memukul mangsa dan ahli keluarga di hadapan rumah mereka.

“Salah seorang suspek dipercayai turut menggunakan senjata tajam yang boleh mendatangkan kecederaan terhadap mangsa dan ahli keluarganya.

Advertisements

“Kejadian mengakibatkan kesemua mangsa berumur 23 hingga 57 tahun itu cedera di bahagian cuping telinga, lengan tangan, pipi dan dada,” katanya.

Katanya lagi, lima lelaki warga tempatan berumur antara 25 hingga 52 tahun itu di tahan di sekitar kawasan Klang kira-kira jam 10.50 pagi pada Selasa.

“Semakan dijalankan mendapati tiga daripada lima suspek yang diberkas mempunyai empat rekod jenayah lampau.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan