34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Siasatan kes ugut bunuh kumpulan Radja selesai

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Johor telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes ugutan jenayah yang diterima kumpulan muzik rock Indonesia, Radja Band sewaktu mengadakan konsert di Stadium Tertutup Arena, Larkin pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamaruzaman Mamat berkata, kertas siasatan tersebut akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, setakat ini polis telah merakam keterangan seramai 17 individu terdiri daripada 14 warga tempatan dan selebihnya merupakan warga asing.

“Polis Johor memberi jaminan bahawa siasatan yang telus akan dijalankan tanpa kompromi mengikut undang-undang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Menurut Kamaruzaman, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, media melaporkan, band terkenal Indonesia itu menerima ancaman bunuh serta dilempar dengan kata-kata kesat selepas selesai mengadakan konsert.

Kejadian itu katanya berpunca akibat wujudnya salah faham antara pihak penganjur dan Radja Band sebelum mereka bertindak membuat laporan di Balai Polis Larkin. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan