26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

MCMC buka kertas siasatan ke atas Awesome TV

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 206 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 bagi menyiasat laporan diterbitkan stesen televisyen Awesome TV.

Jabatan Komunikasi Korporat MCMC berkata, siasatan adalah berkaitan kegagalan mematuhi syarat lesen dan pihaknya mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi stesen televisyen itu semalam bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung laporan mengenai cadangan mengurangkan bilangan penjawat awam.

“Kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan lanjut.

“Jika disabit kesalahan, pesalah boleh dihukum seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 242 iaitu denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,”menurut MCMC.

MCMC turut menekankan memandang serius aduan pengguna dan komited dalam usaha mempertingkat tahap pematuhan pemegang lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan Individu (CASP-I).

“Ia supaya kandungan disiarkan mencerminkan budaya, identiti dan norma-norma masyarakat selaras dengan AKM 1998 serta Kod Kandungan,”ujar MCMC.

Katanya, setiap aduan diterima akan diteliti berdasarkan peruntukan AKM 1998, peraturan- peraturan berkaitan di bawahnya dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Sebelum ini, media melaporkan saluran televisyen swasta Awesome TV dihadapkan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kerana menerbitkan kandungan berita yang melanggar undang-undang.

Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dilaporkan berkata, saluran televisyen itu yang disiarkan di MYTV dan ASTRO, didapati menerbitkan kandungan berita yang melanggar peraturan sebanyak enam kali, termasuk fitnah terhadap kerajaan hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua agensi media untuk menerbitkan kandungan secara bertanggungjawab dan beretika serta mematuhi peraturan dan undang-undang berkaitan.- Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan