32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

TH disaran perkenal 4 pakej haji, tempoh lebih singkat

Langkah ini bukan sahaja menjimatkan kos tetapi dapat menarik minat lebih ramai untuk menunaikan Rukun Islam Kelima.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Tabung Haji (TH) dicadang memperkenalkan empat pakej haji berasaskan tempoh masa berbeza kepada bakal jemaah, bagi menangani isu peningkatan kos haji ketika ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) berkata, tempoh masa menunaikan haji yang mencecah 40 hari ketika ini antara faktor yang menyumbang kepada kenaikan kos yang perlu ditanggung jemaah.

Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri itu menyarankan TH menawarkan pakej 14 hari, 21 hari, 30 hari atau 40 hari sebagai pilihan kepada bakal jemaah, sekali gus membolehkan lebih ramai golongan B40 dan M40 memohon menunaikan rukun Islam kelima itu.

“Langkah ini bukan sahaja menjimatkan kos tetapi dapat menarik minat lebih ramai untuk menunaikan Rukun Islam Kelima ini kerana tempoh masa yang singkat dan mungkin ada di antara kita yang terikat dengan kerja dan perniagaan.

“Dengan mengandaikan pengekalan aturan bayaran haji 2022 tahun ini iaitu RM10,980 bagi kumpulan B40 dan RM12,980 bagi M40, tanggungan TH bakal meningkat masing-masing kepada RM20,890 dan RM18,720. TH terpaksa menanggung subsidi yang tinggi,”katanya ketika membahaskan usul Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Baca juga:   Ismail Sabri kekal terajui UMNO Bahagian Bera

Mengulas lanjut, katanya, Dana Bantuan Kewangan Haji datang sepenuhnya dari keuntungan pelaburan yang dijana oleh LTH.

“Keseimbangan Tabung dan Haji penting kerana ia memberi kesan langsung
kepada Bantuan Kewangan Haji terhadap kadar agihan keuntungan setiap tahun,”katanya.

Baca juga:   Lelaki maut kereta terjunam dalam runtuhan tanah

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menyarankan kerajaan mempertimbang untuk meminda dan menambah baik Akta Tabung Haji 1995, yang disifatkan sudah terlalu lama dan tidak relevan.

Katanya, penambahbaikan itu penting bagi memastikan proses tadbir urus TH yang jelas, sekali gus memastikan dana berjumlah RM88 bilion oleh lembaga itu diuruskan dengan sempurna

“Sebagai contoh, tiada peruntukan untuk patuh syariah dan tadbir urus diwartakan dalam Akta Tabung Haji 1995, walaupun TH secara asasnya perlu patuh syariah,” katanya.

Jelas beliau, penambahbaikan perlu dari segi tadbir urus, pemantauan dan kawal selia bagi memastikan dana sebanyak RM88 bilion dapat diuruskan dengan lebih sempurna.

“Akta Lembaga Tabung Angkatan Tentera telah di tambah baik; hanya Akta Tabung Haji yang masih belum ditambah baik.

“Cadangan bagi Akta Tabung Haji untuk dikaji dan ditambah baik telah dicadang pada pertengahan tahun 2021 oleh Kerajaan dan Jemaah Menteri.

“Jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Di Raja juga ada menyarankan agar Akta Tabung Haji 1995 di kaji dan tambah baik.

Baca juga:   UPSI gerak 220 sukarelawan bantu mangsa banjir

“Justeru, saya memohon penjelasan daripada Kerajaan apakah perkembangan terkini dan sasaran tarikh pelaksanaan cadangan pindaan Akta Tabung Haji 1995,”katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Tasik Kenyir diiktiraf Geopark Kebangsaan

TASIK Kenyir atau Kenyir Geopark diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan yang kesembilan di bawah Program Pembangunan Geopark oleh Kerajaan Persekutuan Kementerian...

Lagi Artikel Berkaitan