30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kerajaan diminta pertimbang pengeluaran KWSP secara bersasar

masih ramai rakyat yang terdesak untuk meneruskan kehidupan pada waktu ini.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN diminta mempertimbangkan pengeluaran Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) secara bersasar dengan syarat-syarat tertentu.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, pengeluaran secara bersasar hanya melibatkan jumlah yang kecil berbanding aset keseluruhan di bawah pengurusan KWSP yang mencecah hampir RM1 trilion.

“Sebelum ini, Kerajaan telah membenarkan empat pengeluaran KWSP iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas KWSP berjumlah RM145 bilion, melibatkan 8.1 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara.

“Saya berharap KWSP tidak terlalu mementingkan pelaburan untuk mendapatkan pulangan yang besar semata-mata, sedangkan pencarum pada hari ini hidup merana,”katanya ketika membahaskan Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Advertisements

Menurut bekas Perdana Menteri itu, masih ramai rakyat yang terdesak untuk meneruskan kehidupan pada waktu ini.

Meskipun KWSP merupakan simpanan hari tua namun Ismail Sabri berkata, kerajaan wajar memahami kesulitan yang dialami rakyat khususnya yang bergelut dengan hutang.

“Baru-baru ini, Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin Malaysia (PWRN) telah bertemu saya. Ada di antaranya telah muflis kerana tidak mampu untuk membayar hutang,”katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedang mencari alternatif untuk membantu rakyat tanpa perlu membenarkan pengeluaran KWSP. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan