27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Awesome TV kesal tindakan penggantungan oleh MYTV

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AWESOME TV kesal dengan tindakan penggantungan saluran oleh MYTV Broadcasting dan menyifatkannya sebagai layanan yang tidak adil.

Menerusi kenyataan, Awesome TV berkata, lebih dikesali, tindakan tersebut diambil ketika rundingan di antara kedua-dua mash dijalankan.

Dakwa Awesome TV, tindakan itu mendapat lampu hijau daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kerana berkenaan berkaitan dengan isu pembayaran.

“Awesome TV dikenakan bayaran lebih tinggi berbanding stesen televisyen percuma lain apabila perlu membayar jumlah yang tinggi untuk tempoh 30 bulan penggunaan platform MYTV.

“Stesen televisyen pemula lain pula membayar kadar sama untuk tempoh 60 bulan.

Advertisements

“Jika dibandingkan dengan kadar bayaran, Awesome TV membayar lebih daripada apa yang sepatutnya dikenakan ke atas sebuah stesen televisyen pemula,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Awesome TV berkata, berdasarakan pembayaran yang dibuat, syarikat itu boleh bersiaran sehingga Ogos 2025.

Syarikat turut mendakwa dinafikan subsidi SKMM yang diberikan MYTV kepada pihak pengeoperasi televisyen.

“Ini merupakan tindakan yang tidak adil di mata kami. Ia menunjukkan MYTV mempraktikkan amalan perniagaan yang tidak seimbang meskipun sedia maklum bahawa ia baharu berusia tiga tahun.

“Awesome TV berharap MYTV Brodcasting akan memberi layanan yang sama rata seperti stesen televisyen swasta baharu yang lain agar keadilan ditegakkan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan