29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

PM tiba di Riyadh bagi hadiri Sidang Kemuncak GCC-ASEAN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh, Arab Saudi awal pagi tadi bagi menghadiri Sidang Kemuncak GCC-ASEAN, hari ini.

Pesawat khas yang membawa Anwar dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, pada pukul 8 malam waktu tempatan (pukul 1 pagi tadi waktu Malaysia).

Ketibaan Perdana Menteri disambut Timbalan Gabenor Riyadh, Putera Mohammed Abdulrahman; Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar, Datuk Norman Muhamad dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saud,i Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah.

“Alhamdulillah, saya telah selamat tiba di Riyadh, Arab Saudi tepat jam 8 malam bagi menghadiri Sidang Kemuncak GCC-ASEAN yang akan berlangsung awal pagi esok (hari ini).

“Lawatan kerja ini akan berlangsung dari 19 hingga 21 Oktober. Insya-Allah, saya akan buat yang terbaik demi Malaysia tercinta,” kata Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook hari ini.

Advertisements
Ketibaan Perdana Menteri disambut oleh Putera Mohammed Abdulrahman (kanan) di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, awal pagi tadi. – Edisi9/Anwar Ibrahim

Perdana Menteri dijadual menyampaikan ucapan di Sidang Kemuncak GCC-ASEAN dan dijangka akan mengetengahkan konflik semasa Israel-Palestin.

Semasa lawatan kerja dua hari beliau ke sini, Anwar dijadual mengadakan perbincangan dengan syarikat Aramco dan Dana Pelaburan Awam Arab Saudi sebelum bertemu rakyat Malaysia yang tinggal dan bekerja di Riyadh.

Perdana Menteri turut dijadual menghadap Perdana Menteri Arab Saudi Putera Mahkota Mohammed Salman esok bagi membincangkan lebih lanjut isu Palestin dan hubungan dua hala.

Arab Saudi ialah rakan dagangan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Barat dengan nilai perdagangan dua hala berjumlah RM49.05 bilion direkodkan pada 2022, peningkatan 159.2 peratus berbanding 2021. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan