27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

India setuju eksport beras putih ke Malaysia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN India telah bersetuju untuk membenarkan Malaysia mengimport 170,000 metrik tan beras putih bukan basmathi ke negara ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, keputusan itu sekali gus menyaksikan Kerajaan India menarik balik larangan ekseport beras selain basmathi ke Malaysia.

Katanya, pada 25 Ogos lalu, beliau telah menghantar surat permohonan kepada Menteri Hal Ehwal Pengguna, Makanan dan Pengedaran Awam India, Piyush Goyal untuk menarik balik sekatan eksport beras putih.

“Pada 27 September, saya telah mengadakan perbincangan bersama Duta Besar India Di Malaysia, BN Reddy, berhubung permohonan ini.

Advertisements

“Kebenaran yang diberikan ini menunjukkan Malaysia dan India mempunyai hubungan yang sangat rapat dan baik khususnya dalam bidang pertanian, penyelidikan, latihan dan keterjaminan makanan,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Pada Julai lalu, India dilaporkan melarang eksport beras putih bukan basmati untuk mengekang kenaikan harga beras dalam pasaran domestik susulan kekurangan bekalan disebabkan hujan lebat yang telah menjejaskan tanaman.

Justeru, Malaysia memgambil tindakan pantas dengan memohon peruntukan kuota khas beras putih menerusi hubungan kerajaan dengan kerajaan (G2G). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan