25.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Ceroboh perairan negara, tujuh nelayan Thailand ditahan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TUJUH nelayan warga Thailand dicekup Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas dikesan menceroboh dan menangkap ikan di kawasan perairan negara, Rabu lalu.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd. Hashim Mat Zain berkata, kesemua mereka ditahan menggunakan tiga bot berasingan di tiga lokasi berbeza.

Katanya, satu daripada ditahan kira-kira 84 batu nautika dari barat Sungai Bahru manakal dua lagi di sekitar 0.4 batu nautika dari barat pesisiran Kuala Perlis pada pukul 10 malam.

“Hasil pemeriksaan mendapati, ketiga-tiga bot terbabit berpangkalan di Thailand, masing-masing dikemudi seorang tekong dan lima awak-awak berumur antara 13 hingga 47 tahun.

Advertisements

“Bot dan enjin sangkut bergalah dianggarkan bernilai hampir RM35,000,” katanya menerusi Facebook, semalam.

Mohd. Hashim berkata, kesemua nelayan itu beserta rampasan dibawa masuk ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan.

“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 15 (1)(a) kerana menangkap ikan atau cuba menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia.

“Selain itu, ia turut disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai pas atau permit yang sah untuk tinggal di Malaysia,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan