28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Agong titah 30 Ahli Parlimen BN menghadap esok

Sesi menghadap secara individu itu dijadualkan berlangsung pada jam 10.30 pagi esok di Istana Negara.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menghadap Baginda esok.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, sesi menghadap itu bagi membolehkan Seri Paduka Baginda buat keputusan melantik Perdana Menteri Ke-10.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, pertemuan itu adalah lanjutan daripada sesi menghadap ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) di Istana Negara petang ini.

“Proses seterusnya ialah sesi menghadap 30 ahli Dewan Rakyat daripada Barisan Nasional (BN).

“Sesi menghadap secara individu ini dijadualkan berlangsung pada jam 10.30 pagi esok (23 November 2022) di Istana Negara.

“Proses ini adalah bertujuan supaya Seri Paduka Baginda dapat membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda menyeru dan menasihati seluruh rakyat agar bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pelantikan bakal Perdana Menteri Ke-10 selesai.

Advertisements

“Seri Paduka Baginda turut menyeru rakyat untuk bersama mendoakan semoga proses tersebut dipermudahkan dan berjalan lancar demi kepentingan tanah air yang tercinta.

“Seri Paduka Baginda mengajak rakyat bersama mendoakan agar negara dan rakyat sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara melalui Pintu 2 kira-kira 4 petang selepas meninggalkan kediamannya di Bukit Damansara.

Menyusul adalah kenderaan yang membawa PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada kira-kira 4.10 petang selepas meninggalkan pejabatnya di Petaling Jaya pada 3.50 petang.

Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan ialah 112 kerusi namun ketika ini berlaku situasi Parlimen tergantung apabila tiada parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Keputusan PRU15 menyaksikan PH memperoleh 82 kerusi Parlimen diikuti PN (73), Barisan Nasional (30), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Bebas (dua) serta Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat masing-masing satu kerusi. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sekat penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara – Zambry

SEKATAN terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka. Justeru,...

Lagi Artikel Berkaitan