25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

PM10: Istana Negara belum buat keputusan – Anwar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ISTANA Negara belum membuat sebarang keputusan mengenai pelantikan Perdana Menteri Ke-10 dan pembentukan kerajaan baharu buat masa ini.

Perkara yang sedang dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia itu disahkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media sejurus selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.

Anwar berkata, dalam pertemuan itu, Al-Sultan Abdullah menitahkan perlu ada kesepakatan, kerjasama semua pihak untuk bentuk kerajaan yang kukuh, inklusif untuk semua kaum, agama dan wilayah.

“Setakat ini, ada jawatan kosong lagi,” kata beliau.

Presiden PKR itu berkata, beliau juga telah memberikan beberapa pandangan kepada Seri Paduka Baginda.

“Justeru, sedikit masa diperlukan oleh pihak Istana Negara untuk membuat pertimbangan sebelum membuat keputusan muktamad dibuat oleh Al-Sultan Abdullah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di kediamannya di Bukit Damansara pada jam 5.15 petang sejurus menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Beliau yang menaiki kenderaan Vellfire hitam itu tidak memberi sebarang kenyataan dan hanya melambai kepada pengamal media .- Edisi 9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan