30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Muhyiddin tolak titah cadangan Agong gabung dengan PH

Beliau juga berkata telah menandatangani surat tidak bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TAN Sri Muhyiddin Yassin mengaku menolak titah cadangan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi PN itu berkata, keengganan beliau untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama PH kerana sejak awal lagi parti itu sudah membuat keputusan untuk tidak akan bekerjasama dengan PH yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tuanku mencadangkan kami (PN) bekerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan perpaduan, tetapi kami telah membincangkan perkara itu sejak awal lagi kami tidak akan bekerjasama dengan PH

“Apa tujuan sekali pun tak setuju,” katanya kepada sidang media di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur hari ini.

Hadir sama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Gerakan, Dominic Lau.

Muhyiddin berkata, beliau telah menandatangani surat tidak bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan.

“Inilah pendirian kami,” tegas bekas Perdana Menteri itu.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, pihaknya telah menyerahkan 115 dokumen diperlukan pihak Istana Negara dengan Surat Akuan Berkanun (SD) menerusi e-mel, semalam.

“Bila saya menghadap tadi, ada dikatakan tidak mencukupi. Saya tidak tahu apa sebab-sebab sebalik itu,” katanya.

Dalam PRU-14 lalu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu, bekerjasama dengan PH dan berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) manakala Pengerusi Bersatu ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, kerajaan PH hanya mampu bertahan selama 22 bulan apabila Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri manakala Ahli-ahli Parlimen Bersatu pula bertindak meninggalkan gabungan PH.

Bersatu bersama-sama Pas dan Gerakan kemudian membentuk gabungan Perikatan Nasional (PN) dan bertanding buat kali pertama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 2021.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan