34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Hanya Noh kekal, 21 kerusi Parlimen Selangor adalah muka baharu

Seramai 21 daripada 22 calon BN Selangor adalah calon muka baharu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SENARAI nama calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah diserahkan kepada ‘Top 5’ parti berkenaan minggu lalu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, seramai 21 daripadanya adalah calon muka baharu.

“Sebanyak 21 daripada 22 kerusi Parlimen di Selangor merupakan muka baru kecuali saya satu-satunya muka lama kerana saya seorang saja yang menang PRU lepas.

“Kita sudah berunding dan hantar kepada ‘Top 5’ Rabu minggu lalu, tunggu diumum dalam masa terdekat.

“Saya juga diberi sasaran oleh ‘Top 5’ kerusi untuk dimenangi di Selangor, tetapi belum boleh beritahu nanti pembangkang tumpu kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Program Jualan Murah Keluarga Malaysia Siswa (JMKMSiswa) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini.

Terdahulu, antara calon muka baharu BN di Selangor yang disebut-sebut akan bertanding di Parlimen Kuala Selangor ialah Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Advertisements

Pada PRU-14, BN hanya memenangi dua kerusi Parlimen iaitu Parlimen Tanjong Karang dan Sabak Bernam.

Bagaimanapun, BN tinggal satu kerusi Parlimen berikutan Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh meninggalkan UMNO dan menyertai Bersatu.

Dalam pada itu, Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, tempoh 22 bulan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sebelum ini sudah mencukupi untuk rakyat menilai ketidakmampuan dan kepincangan gabungan itu dalam mentadbir negara.

Menurut beliau, PH pada PRU14 menabur pelbagai janji kepada rakyat, tetapi apa yang berlaku adalah mentadbir negara secara sesuka hati.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata, faktor boleh menang akan menjadi pertimbangan utama dalam menentukan kawasan dan calon yang akan ditandingi oleh BN dalam PRU15 kelak.

Menurut beliau, ia penting bagi memastikan matlamat untuk menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya umum itu dapat dicapai.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan