24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Nama diguna “orang ketiga”, Noh Omar buat laporan polis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar bakal membuat satu laporan polis setelah namanya dikaitkan dengan permohonan pembiayaan Pakej Peniaga dan Penjaja Kecil (MPPK) yang diumumkan beliau baru-baru ini.

Noh dalam satu hantaran di Facebook menyatakan beliau tidak pernah melantik mana-mana individu untuk menguruskan pembiayaan MPPK.

Menurutnya, sebarang permohonan boleh dibuat terus kepada Bank Rakyat.

“Tidak perlu melalui pihak ketiga. Saya memandang serius perkara ini. Tolong buat laporan kepada Bank Rakyat sekiranya ada pihak lain cuba melakukan perkara sama seperti ini untuk saya segera mengambil tindakan.

“Saya menerima rakaman suara ini melalui whatsapp semalam. Satu laporan polis akan dibuat selepas saya mendengar rakaman suara ini yang cuba melibatkan nama saya dalam permohonan pembiayaan MPPK yang saya umumkan baru-baru ini,” katanya hari ini.

Terdahulu, tular audio berdurasi 1 minit 17 saat berkenaan membabitkan perbualan dua individu bagi permohonan bantuan pembiayaan berkenaan.

Perbualan berkenaan menyatakan terdapat dua cara bagi memohon pinjaman tersebut iaitu dengan cara permohonan terus ke Bank Rakyat dengan jumlah pembiayaan maksimum sebanyak RM15,000.

Kaedah kedua pula adalah melaluinya dengan pengesahan daripada menteri, maksimum pembiayaan mencecah RM50,000.

Advertisements

Bagaimanapun, terdapat kadar pengurusan yang dikenakan iaitu sebanyak RM3,000 sahaja yang akan dibayar kepada pihak pengurusan bagi me dapat jumlah maksimum pembiayaan berkenaan.

Bayaran berkenaan dibuat selepas mendapat pembiayaan tersebut.

Sementara itu, Bank Rakyat dalam satu kenyataan menegaskan tidak melantik mana-mana pihak bagi tujuan permohonan pembiayaan tersebut.

Untuk rekod, program pembiayaan Mikro Untuk Penjaja dan Peniaga Kecil ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa merasmikan Majlis Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan 2021 pada 3 Disember tahun lalu.

Pelaksanaan program pembiayaan berkenaan melibatkan peruntukan sebanyak RM48.52 juta bagi membantu penjaja dan peniaga kecil yang memerlukan bantuan pembiayaan.

Pelaksanaan program ini adalah sebagai tanda komitmen berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan penjaja dan peniaga kecil yang terjejas akibat COVID-19 dan juga bencana alam yang melanda.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan