Thursday, June 4, 2026

RM21 juta diperuntukkan bagi mangsa banjir di Sabah – Anwar

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM21 juta bagi meringankan beban mangsa-mangsa yang kini dilanda banjir di negeri Sabah.

Menurut beliau, sebanyak RM11 juta telah disalurkan melalui kerajaan negeri manakala RM10 juta lagi peruntukan segera yang diluluskan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Beliau berkata, bantuan tambahan tersebut akan disalurkan terus kepada mangsa yang terkesan untuk pembaikan segera kemudahan asas. 

“Kerajaan MADANI akan memastikan setiap keluarga yang terkesan untuk segera menerima bantuan,” katanya menerusi media sosial hari ini.

Anwar berkata, beliau sangat terkesan akan dampak bencana banjir yang sedang melanda negeri Sabah saat ini. 

Sehubungan itu beliau mengarahkan seluruh jentera Kerajaan MADANI digerakkan dengan segera untuk membantu rakyat yang terjejas agar bantuan dapat sampai tanpa sebarang gangguan. 

Beliau berkata, keutamaan kerajaan adalah memastikan keselamatan, kebajikan dan kelangsungan hidup mangsa banjir dibela sebaiknya dengan tumpuan segera.

 

“Saya menyeru semua pihak bersatu dan berpadu tenaga serta mengutamakan semangat ihsan demi membantu rakyat seluruhnya. 

“Zahirkan semangat kebersamaan dan kepedulian serta tanggungjawab bersama dalam menempuh ujian dahsyat ini,” katanya. — Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan