31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Baladna berpotensi jadi rakan kongsi FELCRA, FGV – Ismail Sabri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BALADNA iaitu syarikat Qatar yang terbesar dalam membekal makanan dan produk tenusu dan ia berpotensi menjadi rakan kongsi FELCRA dan FGV dalam projek usaha sama pembangunan ladang tenusu berskala besar di Chuping, Perlis (NCER).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkongsikan berita baik berkenaan dalam satu hantaran di Facebook sempena lawatan hari kedua beliau di Qatar.

Menurut beliau, disasarkan penghasilan 208.8 juta liter susu segar setahun berasaskan lebih 14,000 ekor lembu tenusu.

“Saya dibawa melawat Ladang Baladna milik Baladna Food Industries, disambut Pengerusi Kumpulan Baladna Food Industries Moutaz Al-Khayyat dan Pengarah Urusannya Ramez Al-Khayyat.

“Baladna, FELCRA dan FGV telah menandatangani Memorandum of Collaboration (MoC) untuk mengkaji kebolehlaksanaan projek usaha sama pada Ogos 2021.

“Usaha sama ini melibatkan nilai pelaburan RM4 billion dan bakal mewujudkan 2,000 peluang pekerjaan dan perjanjian dijangka ditandatangani pada Jun tahun ini,” katanya hari ini.

Perdana Menteri turut berkongsikan lawatannya ke ladang sayuran organik, cendawan dan udang milik Agrico di Al Khor, kira-kira 50 kilometer di utara Doha.

“Dalam satu majlis kemudian, saya menerima surat komitmen untuk pelaburan berjumlah USD360 juta daripada pengerusi syarikat Ahmed Hussain Al-Khalaf,” katanya.

Ismail Sabri kini dalam lawatan ke Qatar selama tiga hari sejak Ahad lalu hingga hari ini bagi mengukuhkan hubungan dua hala dan kerjasama ekonomi antara dua negara.

-EDISI9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan