30.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

Tidak bangga telco untung tetapi perkhidmatan tidak memuaskan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau tidak sedikit pun berasa bangga biarpun syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi atau telco mencatat keuntungan RM1 bilion tetapi masih menyediakan perkhidmatan tidak memuaskan untuk rakyat.

Perkara itu, jelas beliau, syarikat telco berkenaan perlu bertanggungjawab dengan melabur sebahagian keuntungan diperoleh untuk teknologi bagi meningkatkan mutu capaian internet mereka sediakan, selari dengan pembangunan infrastruktur dilaksana kerajaan.

“Kerajaan telah melabur berbilion ringgit untuk menyediakan infrastruktur telekomunikasi antaranya projek hab gentian optik titik kehadiran atau ‘Point of Presence’ (PoP) dengan kos hampir RM4 bilion untuk rakyat tanpa mengharap pulangan kewangan walau sesen.

“Infrastruktur itu disediakan kerajaan, TM dan sebagainya tetapi peringkat akhir itu disediakan operator (telco) bergantung perkakasan mereka pasang di menara, tetapi telco ini ada keutamaan mereka kalau pelanggan banyak di satu kawasan dia tertumpu di situ dan kawasan pinggiran, pekakasan tidak dinaik taraf.

“Inilah menyebabkan internet 4G itu (kelajuan) boleh jadi 10mbps hingga 100mbps bergantung perkakasan peringkat akhir disediakan telco itu, justeru saya buat seruan kepada telco kita kini kena jalan berganding tangan beri perkhidmatan terbaik untuk rakyat,” katanya.

Baca juga:   Malaysia dipilih kaji vaksin Sinovac kanak-kanak bawah 12 tahun

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kenderaan Digital Satellite News Gathering (DSNG) RTM Sabah di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Kepayan sini hari ini.

Baca juga:   MAIS lancar K-Guam, khidmat guaman percuma secara 'online'

Menurut Annuar, liputan 4G contohnya di Sabah adalah pada tahap 86 peratus untuk kawasan berpenduduk, namun kualiti Internet di sesetengah kawasan yang mempunyai liputan itu masih tidak mencapai kelajuan yang dikehendaki.

“Ada tempat (4G) 10mbps, ada tempat belas-belas mbps, ada tempat sekitar 20mbps begitu, sedangkan matlamat kualiti minimum kita purata 4G LTE mesti 35mbps… kalau kita nak capai tahap itu tempat banyak penduduk kena capai 60, 70, 100mbps kerana Internet ini bila ramai penduduk kelajuan jatuh.

“Liputan 4G itu, macam mana kita mahu perbaiki kelajuan itu kita lancar PoP tadi, kita dapatkan Internet lebih stabil… 4G itu hanya suatu teknologi yang membolehkan ia memberi keupayaan (Internet) lebih tinggi tetapi berapa tinggi bergantung kepada infrastruktur dan pekakasan disediakan,” katanya.

Annuar berkata, selain menaik taraf perkakasan telekomunikasi di menara, pelaburan tambahan yang disaran dibuat telco adalah bersama-sama dengan pihak bertanggungjawab meningkatkan keupayaan menara itu sendiri antaranya daripada segi komponen bekalan kuasa elektrik sandaran.

“Bila bekalan elektrik itu terputus secara automatik Internet akan terputus kerana menara ini bergantung kepada bekalan elektrik, jadi telco dan mereka diamanahkan boleh lihat untuk buat menara hibrid seperti ada bekalan kuasa dari panel solar dan generator, bukan beri khidmat sekadar ada sahaja,” katanya.

Baca juga:   PRN Johor tiada kaitan kluster mahkamah - Annuar

Beliau berkata, usaha memberikan kemudahan Internet berkelajuan tinggi tidak akan ke mana tanpa telco menyahut seruan kerajaan untuk bersama-sama meningkatkan kemudahan telekomunikasi untuk rakyat.- Bernama

Baca juga:   Rakyat Johor lebih takutkan kehadiran semula DAP - Annuar

Terkini

Polis cedera ditetak penagih di Shah Alam

SEORANG pegawai polis parah di tangan, manakala seorang lagi anggota cedera selepas ditetak seorang penagih dadah dalam kejadian di...

Lagi Artikel Berkaitan