31.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

MRA salur RM2.2 juta menerusi Infaq Kasih Ramadan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA Relief Agency (MRA) menyalurkan sebanyak RM2.2 juta bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik menerusi Kempen Infaq Kasih Ramadan tahun lalu.

Presidennya, Dr. Mohd Daud Sulaiman berkata, melalui kempen tersebut MRA telah menyalurkan sumbangan berupa pek makanan asas, pek iftar dan sahur serta pek Syawal.

“Bantuan tidak hanya tertumpu di Malaysia malah di beberapa negara bergolak seperti Palestin, Yaman, Afghanistan dan Syria. Anggaran lebih daripada 108,625 orang telah berjaya disantuni melalui Kempen Infaq Kasih Ramadan tahun lalu.

“Secara keseluruhan sebanyak 8,641 pek makanan asas, 55,416 pek iftar dan sahur, 404 pek Syawal serta 9,120 pek tenaga dan pek kebersihan telah diedarkan di seluruh Malaysia serta beberapa buah negara luar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pada tahun ini, Kempen Infaq Kasih Ramadan akan diteruskan dengan memberi fokus kepada golongan miskin, anak yatim, warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal serta komuniti B40 di bandar dan kawasan luar bandar.

Baca juga:   Kenyataan Takiyuddin menghina jawatankuasa bebas - Noh

Sementara itu, Mohd Daud berkata, bagi misi kemanusiaan ke luar negara pada tahun ini, MRA telah menghantar dua orang wakil ke Afghanistan bagi melaksanakan misi bantuan Ramadan.

“Mereka adalah Timbalan Presiden MRA, Khairil Annuar Khalid dan wakil MRA Selangor, Ahmad Ammar Ahmad. Mereka telah berlepas dari Malaysia ke Islamabad pada 27 Mac yang lalu.

Baca juga:   MRA terus bantu mangsa banjir sehingga Mac

“MRA menyasarkan sebanyak 1 juta roti diagihkan kepada 3,300 keluarga setiap hari selama 30 hari sepanjang Ramadan di enam daerah di Afghanistan,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau berkata, MRA juga meneruskan projek yang sama di Yaman dengan mengagihkan 12,000 keping roti setiap hari di enam daerah negara itu.

Katanya, jumlah nilai agihan yang disasarkan kepada kedua-dua negara tersebut ialah sebanyak RM 1.5 juta.

Tambah Mohd Daud, MRA juga akan membuka pejabat satelitnya di Kabul dan seterusnya merangka projek bersifat jangka sederhana serta jangka panjang bagi membantu penduduk yang memerlukan.

“MRA terus komited dalam meneruskan misi bantuan kemanusiaan MRA sepanjang Ramadan dan Syawal tahun ini. Kami amat berbesar hati menerima lebih banyak rakan kolaborasi dan sumbangan orang ramai dalam membantu mereka yang memerlukan dalam menyambut bulan yang penuh barakah ini.

“Justeru, MRA merayu kepada orang ramai untuk bersama-sama membantu dengan menyumbang ke akaun Malaysian Relief Agency – Maybank 5640 9820 6365,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Maritim Malaysia tahan kapal tunda tiada kebenaran bersauh

Terkini

Solat jenazah ghaib buat Almarhum Sheikh Yusuf al-Qaradawi

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan Solat Jenazah Ghaib buat Almarhum Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi di...

Lagi Artikel Berkaitan