32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

MRA salur sumbangan The Edge kepada ATM

Mesti Baca

CYBERJAYA – Malaysia Relief Agency (MRA) telah menyampaikan sumbangan bernilai RM529,359 daripada Kumpulan Media The Edge kepada Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini bagi menangani pandemik COVID-19.

Presiden MRA, Dr Mohd Daud Sulaiman berkata, barangan sumbangan tersebut terdiri daripada barangan perubatan seperti peralatan unit rawatan rapi (ICU), apron perubatan, mesin ventilator, oxygen concentrator, pelitup muka, dan set PPE bagi kegunaan Hospital Sibu dan Hospital Labuan.

“Kerjasama ini tidak asing lagi buat MRA dimana sejak PKP 1.0, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pernah bekerjasama dengan MRA untuk membuat penghantaran barangan misi kemanusiaan ke Borneo.

“The Edge Media Group merupakan antara penyumbang terbesar MRA yang telah menyumbang sebanyak RM 4.7 Juta kepada MRA sepanjang PKP 1.0 hingga kini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Majlis penyerahan sumbangan itu bertempat di Hospital ATM hari ini yang disampaikan oleh Dr Mohd Daud dan diiringi oleh Timbalan Presiden MRA, Khairil Annuar Khalid.

Sumbangan diterima oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM iaitu Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh dan diiringi Pengarah Perubatan ATM, Mejar Jeneral Datuk Dr Mohammad Amirrudin Hamdan.

Penyerahan sumbangan itu bertujuan meningkatkan lagi tahap fasiliti perubatan di ICU yang dikelola oleh ATM bagi menangani wabak COVID-19 yang semakin meningkat di Malaysia.

Dr Mohd Daud menambah, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sehingga kini, MRA telah menyalurkan sumbangan sejumlah RM15 juta yang melibatkan sumbangan pek makanan serta barangan perubatan dan bukan perubatan untuk membantu mereka yang terjejas.

Menurut beliau, MRA juga telah menyalurkan sebanyak RM700,000 untuk misi operasi banjir di Malaysia.

“MRA menzahirkan penghargaan terima kasih kepada penderma yang banyak menyumbang kepada MRA sebelum ini serta amat berbesar hati untuk menerima lebih banyak rakan kolaborasi dan sumbangan di masa hadapan.

“MRA akan terus komited dalam membantu mereka yang memerlukan.

“MRA merayu kepada orang ramai untuk bersama-sama membantu dengan menyumbang ke akaun Malaysian Relief Agency – Maybank 5640 9820 6365,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai program MRA, hubungi talian 03-91744672 atau layari laman web rasmi MRA www.mra.my dan ikuti perkembangan terkini MRA melalui media sosial MRA di Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube. – EDISI 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan