25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

MRA dan Celcom Axiata santuni mahasiswa terkesan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Malaysian Relief Agency (MRA) dengan kerjasama Celcom Axiata Berhad mengambil inisiatif menyalurkan ‘Bantuan Siswa Prihatin’ kepada 13 universiti yang terkesan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Bantuan berupa pek tenaga dan pek kebersihan yang nilai keseluruhan sebanyak RM 240,000 itu diberi kepada mahasiswa dan mahasiswi yang terperangkap di universiti sepanjang PKP.

Pengerusi MRA, Dr Mohd Daud Sulaiman berkata, setiap universiti menerima barangan yang bernilai RM20,000 sumbangan pihaknya dan Celcom Axiata.

“Program ini dimulakan di Universiti Kuala Lumpur (uniKL) sebagai destinasi pertama sebelum ianya diteruskan ke universiti lain.

“Bantuan sumbangan yang merupakan pek makanan kering dan pek kebersihan asas seperti biskut, mi segera, pelitup muka, pensanitasi tangan serta sabun pencuci telah disumbangkan kepada 8,000 ribu pelajar iaitu sebanyak 666 pek siswa prihatin dengan bantuan MRA cawangan negeri,”katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata, MRA percaya rakyat Malaysia termasuk mahasiswa di universiti pasti menghadapi tekanan dan berdepan pelbagai cabaran seperti kekangan sumber pendapatan dan bekalan makanan pada waktu PKP 3.0 ini.

“Sehubungan dengan itu, MRA berharap ianya dapat mengurangkan sedikit kos yang ditanggung pelajar bagi menampung perbelanjaan harian mereka,”katanya.

Dalam masa sama, katanya, sepanjang PKP yang dilaksanakan sehingga kini, MRA telah menyalurkan sumbangan sejumlah RM 15.0 juta yang melibatkan sumbangan pek makanan serta barangan perubatan dan bukan perubatan untuk membantu mereka yang terjejas.

“MRA menzahirkan penghargaan terima kasih kepada penderma yang banyak menyumbang sebelum ini serta amat berbesar hati untuk menerima lebih banyak rakan kolaborasi dan sumbangan di masa hadapan,”katanya.

Jelas beliau, MRA akan terus komited dalam membantu mereka yang memerlukan.

MRA merayu kepada orang ramai untuk bersama-sama membantu dengan menyumbang ke akaun Malaysian Relief Agency – Maybank 5640 9820 6365.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Malaysian Relief Agency (MRA), hubungi 03-9174 4672 atau layari laman web rasmi MRA www.mra.my dan ikuti perkembangan terkini MRA melalui media sosial MRA di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.

Antara Universiti yang terpilih ialah Universiti Kuala Lumpur (uniKL), UTMSPACE kampus Johor, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (uniSHAMS), Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Sultan Zainal Abidin (uniSZA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Perlis (uniMAP). -Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan